Pernah dengar tak satu perkataan yang mempunyai maksud yang amat dalam .. “Bujang Terlajak” . Kalau dengar perkataan ni saja mesti semua orang akan terfikir benda yang sama iaitu lelaki yang belum kahwin sedangkan umur dah lanjut. Kenapa isitilah ini timbul dan kenapa fenomena ini boleh terjadi? Ada 2 alasan yang selalu kita dengar. Pertama tak cukup duit dan keduanya belum jumpa jodoh yang bersesuaian. Samada tak jumpa atau tak cari tu tak tahu la..mungkin kot.. Hanz belum termasuk golongan ini ye. Harap maklum..ehem ehem.. (^_^) Tapi ada juga yang dah cukup duit, ada kekasih tapi masih lagi nak membujang. Alasan mereka semua tak lain tak bukan, belum bersedia, belum habis nikmati zaman bujang, belum puas enjoy, belum itu, belum ini. Hish..habis, nak tunggu sampai bila? Tak kesian pada makwe yang setia menunggu? Dia p cari yang lain baru hangpa melopong. (terkeluaq bahasa utara). Tapi 10 fakta dibawah ni mungkin dapat membantu membuka minda lelaki-lelaki seperti ini untuk berkahwin.

1. Berkahwin menjadikan anda lelaki yang sempurna Berkahwin bermakna anda sudah menyempurnakan sunnah Rasulullah, bersesuaian dengan sabda “Siapa yang tidak mengikut sunnahku, bukanla ia dari golonganku .” Apabila anada berkahwin, anda kelihatan sempurna dengan kehadiran isteri sebagai pelengkap diri anda. Anda patut berbangga bergelar seorang suami.

2. Anda lebih bahagia Kehidupan anda lebih ceria. Dengan kehadiran isteri, maka secara tidak langsung isteri yang akan menjaga makan minum, peneman, penghibur, pembantu, penasihat, dan segala ‘pe’ yang anda perlukan. Adakah anda terase untuk menolak kebahagiaan yang telah dijanjikan?

3. Pegangan agama lebih kukuh Setiap lelaki adalah ketua keluarga dan menjadi tanggungjawab mereka untuk membimbing keluarga dalam mempelajari agama. Ketua keluarga yang akan menjadi imam solat kepada keluarga dan secara tidak langsung mereka akan mendalami ilmu agama dengan lebih lagi sebagai persediaan untuk menjadi pemimpin keluarga serta rujukan keluarga dalam agama.

4. Perkahwinan bermakna lebih hubungan seks Satu kajian dari Institute Kinsey mendapati lelaki yang berkahwin melakukan hubungan seks bersama pasangan jauh lebih tinggi. Ini bermakna apabila berkahwin, anda lebih bahagia dan keinginan untuk bersama lebih memuncak berbanding mereka yang bujang.

5. Kewangan lebih stabil Apabila anda berkahwin, secara tak langsung anda telah mempunyai 1 komitmen iaitu keluarga, jangan takut dan merasakan wang anda tidak mencukupi, sama-sama berbincang dengan pasangan anda bagaimana untuk menguruskan wang dengan lebih sempurna. Dalam pada masa yang sama, anda harus la lebih kuat bekerja. Bukan untuk orang, untuk keluarga anda sendiri juga kan.

6. Punya daya tarikan. Sedar atau tidak apabila anda sudah berkahwin, daya tarikan anda lebih tinggi. Wanita bujang yang lain akan lebih mudah menyenangi anda kerana anda bersifat matang dalam semua perkaradan skill komunikasi anda yang baik. Tapi ini bukan bermaksud anda boleh berlaku curang atau mempunyai hubungan dengan wanita lain.

7. Berkahwin membentuk keluarga bahagia. Apabila berkahwin, anda secara langsung menyambung legasi keturunan anda. Tiada siapa yang mahu hidup bersendirian. Tiada gunanya wang yang banyak tapi apabila anda tua nanti tiada zuriat yang menjaga anda dan tiada siapa yang mewarisi harta anda Berkahwinla dan anda akan bahagia melihat anak-anak anda membesar didepan mata.

8. Kesihatan lebih terjaga Isteri mana yang mahu melihat suaminya sakit. Oleh sebab itu, mereka akan menjaga makan minum anda, masak makanan yang berkhasiat, mengawal kandungan gula dan garam dalam setiap makanan anda. Secara tidak langsung anda akan memperolehi makanan yang menyihatkan setiap hari. Apabila anda demam, isteri anda setia menjaga anda sehingga anda sembuh. Tidak teringinkah hidup seperti itu?

9. Berkongsi segala-galanya Sharing is caring. Isteri anda adalah orang pertama yang anda akan kongsikan segala-galanya, kejayaan, kecemerlangan, kesedihan. Ayat yang mudahnya, susah senang, anda akan bersama-sama mengharunginya bersama isteri anda. Anda tidak akan keseorangan dalam mengharung badai yang melanda.

10. Rahsia umur panjang Satu kajian dari University Of California, peratus lelaki yang berkahwin terdedah bahaya seperti kemalangan, penyakit adalah lebih rendah berbanding lelaki bujang. Hal ini kemungkinan disebabkan lelaki yang berkahwin akan ditegur isteri dan anak-anak supaya tidak merokok, dan tidak memandu laju. Kalau anda bujang, siapa yang akan menegur anda? Namun ini hanya kajian, Allah Yang Maha Mengetahui. Siapa kita meramal umur seseorang. Jadi, berkahwinla untuk kebahagiaan anda di dunia dan di akhirat.

1 comments:

apa dia hat atas tu??sapa dia plak 'hanz' tu~~

Post a Comment

About this blog

LiFe......

PeNgiKUt AkU

Ramalan Cuaca

bloguez.com

TiME...

Tetamu Bertandang